Bandar Sukan Kuala Lumpur medan juara Sirkit kelima JCM 2017

Saingan memburu kejuaraan Junior Cycling Malaysia (JCM) 2017 bagi sirkit kelima diteruskan apabila Kompleks Sukan Kuala Lumpur (KL Sports City) Bukit Jalil bakal menjadi lokasi perebutan kejuaraan dikalangan pelumba bagi 18 kategori yang dipertandingkan.

Lebih menarik perlumbaan di KL Sports City ini bakal diadakan pada Sabtu ini akan diadakan pada waktu malam dan ia merupakan venue kedua penganjuran pada sebelah malam selepas Sirkit kedua di Ipoh pada 29 April lalu.

Pengarah Kejohanan JCM, Yunus Ibrahim, pemilihan Bandar Sukan Kuala Lumpur sebagai venue kejohanan adalah bagi mempromosi dan memperkenal Bukit Jalil sebagai bandar sukan di Malaysia.

“Berdasarkan perancangan awal, sirkit ke-5 dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober di Putrajaya tetapi setelah melalui beberapa perbincangan, kami telah mencapai kata sepakat untuk mengajurkan acara kali ini lebih awal.

“Bandar Sukan Kuala Lumpur menjadi pilihan kerana kemudahan yang lengkap dan trek yang lebih fleksibel serta teknikal selain mudah dikunjungi peminat-peminat JCM dan masyarakat setempat,” katanya yang menganggarkan penyertaan hampir 800 pelumba.

Yunus turut memaklumkan Bandar Sukan Kuala Lumpur adalah venue kelima selepas, Negeri Sembilan, Ipoh, Pulau Pinang dan Sabah.

“Untuk perlumbaan yang bakal bermula jam 4 petang hingga 11 malam, 18 kategori dipertandingkan dengan trek sepanjang 1.5 kilometer bagi setiap pusingan.

“Kejohanan ini juga menawarkan kategori ‘fixed gear’ yang semakin diminati dikalangan peminat tempatan dan lumba basikal,” jelasnya.

Orang ramai yang berminat untuk turut serta menyertai kejohanan bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.jcm.my. Yuran pendaftaran RM40.00 untuk kategori Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka serta percuma untuk kategori lain.

No Replies to "Bandar Sukan Kuala Lumpur medan juara Sirkit kelima JCM 2017"


    Got something to say?

    Some html is OK