Nurul Izzah Izzati laung amaran awal dalam saingan JCM 2017.

PELUMBA dari pasukan Team GK2 Kedah, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang memenangi empat sirkit perlumbaan pada Junior Cycling Malaysia (JCM) musim lalu menggunguli saingan sirkit pertama JCM 2017 dalam acara Kriterium Remaja Wanita Bawah 15 tahun di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan pagi tadi.

Nurul Izzah yang dinobatkan juara pada sirkit di Perak, Putrajaya, Kedah dan Terengganu pada edisi pertama tahun lalu menafikan impian pelumba dari Pulau Pinang, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Noor Mastura Norman dari Persatuan Berbasikal Negeri Johor ditempat ketiga.

Kayuhan bertenaga dan keyakinan tinggi dimiliki pelumba kelahiran Kedah berusia 14 tahun ini yang bermula dikelompok ketiga teratas pada awal perlumbaan nyata menghampakan 24 pelumba yang lain.

Jelasnya, segala usaha dan keyakinan sebelum JCM 2017 bermula nyata membuahkan hasil buat diri dan juga pasukan.

“Alhamdulillah jersi kuning berjaya dimiliki hasil kemenangan pada sirkit pertama ini, masih banyak perlu diperbaiki untuk terus konsisten pada setiap perlumbaan.

“Rakan pelumba lain turut memberikan saingan kepada saya dan ia mendorong untuk meneruskan kayuhan sehingga ke garisan penamat sebagai juara,” katanya ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Bagi kategori Remaja Wanita Bawah 17 tahun pula Nur Syafika Natasya Kadir dari pasukan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) menduduki tempat pertama dengan pelumba dari Selangor, Nurul Nazirah Mohd Rosli ditempat kedua dan ketiga milik rakan sepasukan Nur Syafika Natsya iaitu Haziatul Eisya Suhardi.

Jelas Nur Syafika, menduduki tempat ketiga pada sirkit di Ipoh dan Terengganu musim lalu menyemarakkan saingan untuk saingan JCM 2017.

“Umpama langkah kanan untuk edisi tahun kedua, walaupun musim lalu hanya dua kali menaiki podium tetapi di Sendayan ini ia begitu sempurna.

“Namun kemenangan ini tidak akan melalaikan saya untuk perlumbaan seterusnya,” jelas pelumba kelahiran Sarawak ini yang menuntut pelajaran di SSTMI.

Kategori Remaja Lelaki Bawah 15 Tahun pula menjadi milik pelumba dari pasukan PG TOA, Muhd Afiq Iskandar yang menewaskan Mohd Saniey Fitri dari pasukan Terengganu dan Arif Wafy Ahmad Nazir dari Persatuan Berbasikal Negeri Johor.

Bagi Muhd Afiq, tahun lalu dia lebih banyak menimba pengalaman memandangkan terdapat beberapa pelumba senior yang berada dalam kategori yang sama.

“Alhamdulillah kali ini berjaya menaiki podium pada sirkit pertama, saya perlu teruskan usaha untuk terus konsisten,” katanya.

Pelumba dari Terengganu, Mohammad Faisal Izuddin Ahmad Joyo berjaya memenangi kategori Terbuka Lelaki Negeri, Muhammad Daniel Aiman Edy Suhaidee (Johor) dan pelumba pelapis kebangsaan , Muhammad Adam Haiqal Mohd Shairul Faizal ditempat ketiga.

–tamat–

SENARAI PENUH PEMENANG ACARA KRITERIUM BAGI SETIAP KATEGORI

  • Kanak-Kanak Perempuan Bawah 9 Tahun

Tempat Pertama

  • Damia Irdina Mohamad Reza ( Individu)

Tempat Kedua

  • Aisya Abd Razak @Rahman ( KLCH Development Cycling Team)

  • Kanak – Kanak Lelaki Bawah 9 Tahun

Tempat Pertama

  • Muhd Azam Adha Azrul Affendy ( KLCH Development Cycling Team)

Tempat Kedua

  • Muhd Adam Adha Azrul Affendy ( KLCH Development Cycling Team)

Tempat Ketiga

  • Muhammad Afrey Mohd Jafri ( PG Express Malacca)

  • Kanak-Kanak Perempuan Bawah 11 Tahun

Tempat Pertama

  • Eliza Tan (Individu)

Tempat Kedua

  • Sawda Hasbullah ( Merlimau Riders Club)

Tempat Ketiga

  • Nur Syuhaida Mohammad Suhaimi (TEKAS)

  • Kanak-Kanak Perempuan Bawah 13 Tahun

Tempat Pertama

  • Nurul Najihah Najma Shahrul Anuar ( TEAM GK2 KEDAH)

Tempat Kedua

  • Afrina J Sham ( Selangor)

Tempat Ketiga

  • Yong Ann Tung ( Individu)

  • Kanak-Kanak Lelaki Bawah 11 Tahun

Tempat Pertama

  • Mohammad Darwisy Hakimi Zarin ( Sementa Cycling Club)

Tempat Kedua

  • Muhammad Aqhil Haiqal Mohd Shairul Faizal ( Individu)

Tempat Ketiga

  • Nehemiah Raj (Individu)

  • Kanak-Kanak Lelaki Bawah 13 Tahun

Tempat Pertama

  • Muhammad Hafiq Mohd Jafri (Melaka)

Tempat Kedua

  • Muhammad Aidil Adha Aswas (Perlis)

Tempat Ketiga

  • Wan Amir Saufi Che Wan Shamsul Akhbar (Meroket Cycling Team Kuantan)

  • Remaja Wanita Bawah 15 Tahun

Tempat Pertama

  • Nurul Izzah Izzati Mohd Asri ( TEAM GK2 KEDAH)

Tempat Kedua

  • Nurul Aliana Syafika Azizan (Pulau Pinang)

Tempat Ketiga

  • Noor Mastura Norman ( Persatuan Berbasikal Negeri Johor)

  • Remaja Wanita Bawah 17 Tahun

Tempat Pertama

  • Nur Syafika Natasya Kadir

Tempat Kedua

  • Nurul Nazirah Mohd Rosli

Tempat Ketiga

  • Haziatul Eisya Suhardi

  • Remaja Lelaki Bawah 15 Tahun

Tempat Pertama

  • Muhd Afiq Iskandar (PG TOA)

Tempat Kedua

  • Mohd Saniey Fitri (Terengganu)

Tempat Ketiga

  • Arif Wafy Ahmad Nazir ( Persatuan Berbasikal Negeri Johor)

  • Lelaki Bawah 17 Kumpulan A (Pelumba Negeri)

Tempat Pertama

  • Mohammad Faisal Izuddin Ahmad Joyo (Terengganu)

Tempat Kedua

  • Muhammad Daniel Aiman Edy Suhaidee ( Johor)

Tempat Ketiga

  • Muhammad Adam Haiqal Mohd Shairul Faizal (Pelapis Kebangsaan)

  • Lelaki Bawah 17 Kumpulan B (Pelumba Novis)

Tempat Pertama

  • Mohd Ibni Hisham Abd Raof ( TEAM GK2 KEDAH)

Tempat Kedua

  • Muhd Hakimi Ajis ( Individu)

Tempat Ketiga

  • Muhammad Fahmi Khairul (The Cyclo Station)

  • Push Bike 2 – 4 Tahun

Tempat Pertama

  • Tuan Darwish Tuan Khairuddin ( Individu)

Tempat Kedua

  • Che Darwish Danial Che Hafizam (Individu)

Tempat Ketiga

  • Afi J Sam ( No Sponsor Racing Team)

  • Push Bike 5 – 7 Tahun

Tempat Pertama

  • Nur Muhaimin Nor Azam (Individu)

Tempat Kedua

  • Muhamad Adam Faiz ( Individu)

Tempat Ketiga

  • M .Aus Asyraf Mohd Faud (Individu)

  • Wanita Remaja Bawah 19

Tempat Pertama

  • Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad (TEAM GK2 KEDAH)

Tempat Kedua

  • Putri Rabiatul Nisa Rozaman (Persatuan Berbasikal Negeri Johor)

Tempat Ketiga

  • Nia Vanessa Suhan Zaidi ( Pahang)

  • Wanita Elit

Tempat Pertama

  • Nurul Alissa Mohammad Azman (Pelapis Kebangsaan)

Tempat Kedua

  • Nurul Suhada Zainal (Pelapis Kebangsaan)

Tempat Ketiga

  • Nur Aisyah Mohammad Zubir (Pelapis Kebangsaan)

  • Lelaki Bawah 19

Tempat Pertama

  • Muhammad Nur Aiman Rusli

Tempat Kedua

  • Muhamad Shahmir Aiman Abd Halim

Tempat Ketiga

  • Muhamad Faiz Shaiful Rizal

  • Terbuka Lelaki Novis

Tempat Pertama

  • Fazlan Adnan (Individu)

Tempat Kedua

  • Kalif Ismail (Individu)

Tempat Ketiga

  • Shaiful Ahmad (Individu)

  • Lelaki Elit

Tempat Pertama

  • Muhammad Zawawi Azman (Team Sapura Cycling)

Tempat Kedua

  • Mohd Zamri Saleh ( Individu)

Tempat Ketiga

  • Mohamad Izzat Hilmi Abd Halil

  • Lelaki Master

Tempat Pertama

  • Saiful Ahmad ( Amaniz Cycling Team)

Tempat Kedua

  • Norhasmat Abdul Aziz ( SPCC Orbit)

Tempat Ketiga

  • Fadzli Ridzal Nawawi (Armed Forces Cycling Team)

  • Fixed Gear

Tempat Pertama

  • Muhamad Nur Aiman (Individu)

Tempat Kedua

  • Chua Hon Sheng ( Individu)

Tempat Ketiga

  • Fazlan Adhili Mastafa (Individu)

No Replies to "Nurul Izzah Izzati laung amaran awal dalam saingan JCM 2017."

    Got something to say?

    Some html is OK