Daripada bola sepak ke berbasikal, Effendi Rosli tidak lagi menoleh ke belakang

Siapa sangka bekas pelumba kebangsaan, Effendi Rosli merupakan seorang pemain bola sepak suatu ketika dahulu. Jika diimbas kembali, beliau pernah mewakili pasukan Selangor bawah 15 tahun dan beraksi bersama bekas pemain pertahanan kebangsaan dan pasukan Selangor, Allahyarham Zaid Jamil.

Namun, kisah cerita cintanya bersama bola sepak telah lama berakhir dan kemudiannya beralih arah ke sukan berbasikal. Gara-gara tidak terpilih mewakili pasukan Selangor bagi saingan Piala Razak pada tahun tahun 1983, Effendi tekad untuk menukar bidang sukan bola sepak ke berbasikal. Hal ini menjadi titik permulaan beliau untuk mengorak langkah dalam arena sukan berbasikal.

“Ketika saya tahu tidak terpilih untuk mewakili pasukan Selangor untuk Piala Razak, saya amat kecewa. Dari saat itu saya berhasrat untuk bertukar ke sukan berbasikal,” jelas Effendi.

Anak sulung kepada pelumba pertama negara ke Sukan Olimpik Tokyo 1964, N. A Rosli ini menceritakan bagaimana bapanya membangkang keputusan untuk menceburi sukan berbasikal walaupun bapanya sendiri merupakan seorang jaguh berbasikal era 60-an.

“Bapa saya hidup sederhana walaupun pernah mewakili Malaysia ke temasya Sukan Sea dan Olimpik. Beliau tidak mahu anak-anaknya menjadi pelumba kerana menurutnya, sukan ini tidak menjamin kehidupan. Namun, apabila melihat kesungguhan dan minat yang mendalam saya, dia akur dengan keputusan saya.” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur ini.

Mengikut rekod, Effendi merupakan pemegang pingat emas Sukan Sea 1989, pingat gangsa Lumba Basikal Asia 1993 dan pingat perak Sukan Komanwel 1998 dalam acara lebuhraya. Effendi mengakui, kejayaan demi kejayaan yang diraih tidak datang bergolek dan semuanya adalah hasil usaha, disiplin dan pengorbanan di sepanjang kerjayanya sebagai seorang pelumba berbasikal lebuhraya.

“Saya pernah menjalani latihan seawal tiga pagi bersama M. Kumaresan dan Tsen Seong Hong di Jalan Lapangan Terbang Subang. Datuk Ng Joo Ngan merupakan jurulatih kami ketika itu. Saya mempunyai perasaan cemburu terhadap M. Kumaresan dan Tsen Seong Hong kerana mereka telah memenangi banyak pingat. Jadi, setiap kali pergi dan balik latihan saya akan berbasikal dari Keramat ke tempat latihan di Bukit Jalil sejauh 22 kilometer supaya saya mempunyai 44km lebih latihan berbanding mereka.”

Tidak dapat dinafikan, di sebalik setiap kejayaan, pasti ada pemangkin di belakang setiap individu. Tanggungjawab tersebut digalas isterinya, Zurairah Zakaria. Seawal 5 pagi, Zurairah, 45, akan menyediakan sarapan untuk Effendi sebelum suaminya pergi latihan jam 6 pagi. Menurut Zurairah, suaminya perlu fokus sepanjang karier dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa kepada anak-anaknya ketika ketiadaan suaminya.

“Pernah suatu ketika saya dan anak-anak sempat berjumpa beliau hanya 1 jam sahaja dalam masa 3 bulan. Selepas itu, dia (Effendi) terpaksa bergegas ke kem latihan bagi persediaan Le Tour de Langkawi.”

Pasangan Effendi dan Zurairah dikurniakan 3 orang puteri dan 1 orang putera , Nur Aina Efira (20), Nur Dina Safiya (17), Nur Edlyn Nazifa (15), dan Muhd Effan Wafiy (10). Kini, 2 orang cahaya mata mereka iaitu Dina Safiya dan Effan Wafiy mengikut jejak langkah Effendi menyarung jersi pasukan pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), manakala Effendi masih lagi aktif sebagai seorang jurulatih berbasikal DBKL.

pic2

pic3

No Replies to "Daripada bola sepak ke berbasikal, Effendi Rosli tidak lagi menoleh ke belakang"

    Got something to say?

    Some html is OK