JCM Terengganu Pentas Akhir Pelumba Uji Kemampuan

Perlumbaan Junior Cycling Malaysia (JCM) akan melabuhkan tirainya pada tahun ini apabila Terengganu menjadi destinasi terakhir bagi penganjurannya sekaligus menjadikan perlumbaan di negeri pantai timur itu sebagai siri ketujuh dan terakhir acara kriterium dan ketiga bagi acara lumba lebuhraya buat tahun pertama perlaksanaan program tersebut.

Acara kriterium dijadualkan berlangsung pada 5 November dan acara lumba lebuhraya diadakan pada hari seterusnya. Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu telah dipilih sebagai tempat mula perlumbaan tersebut.

Menurut Pengarah Pertandingan JCM, Yunus Ibrahim, trek acara kali ini lebih mencabar kerana perlumbaan akan diadakan di tepi pantai dan kawasan yang berangin.

“Trek untuk siri terakhir acara JCM diadakan di Pantai Batu Buruk, Terengganu. Laluan ini bakal menguji ketahanan dengan cabaran angin monsun timur laut.

“Kebiasaannya angin dari timur atau timur laut dengan kelajuan 10 hingga 20 knot pada lazimnya tetapi untuk negeri di pantai timur, kelajuan angin boleh mencecah hingga 30 knot. Hal ini secara tidak langsung menguji ketahanan dan kelajuan pelumba-pelumba samada kriterium mahupun lebuhraya. Dari sini kita boleh menilai prestasi pelumba yang akan dipilih ke Program Path of Champions tahun hadapan. ”

Program-program anjuran JCM dijangka bertambah lebih rancak pada tahun hadapan selepas beberapa lokasi dan program pemerkasaan di peringkat akar umbi telah dikenalpasti bagi menambahbaik perlaksanaan program di seluruh negara. Salah satu pembaharuan dapat dilihat baru-baru ini, apabila acara Raja Kriterium telah diperkenalkan bersempena Hari Sukan Negara pada penganjuran JCM Putrajaya yang lalu.

AlorStar Road Map

AlorStar Road Map

No Replies to "JCM Terengganu Pentas Akhir Pelumba Uji Kemampuan"

    Got something to say?

    Some html is OK