Naziatul Azzua idam dua jersi kuning di JCM Terengganu

Acara kriterium dan lumba lebuhraya Junior Cycling Malaysia Terengganu (JCM Terengganu) yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 November 2016, akan menjadi perlumbaan penutup tirai kalendar acara anjuran JCM. Bagi Naziatul Azzua Binti Ilias, atau Azzua, sasaran mengungguli kedua-dua acara kriterium dan lebuhraya pada edisi terakhir program tersebut bukanlah satu omong kosong.

Mengikut rekod, Azzua, 16, telah menyertai lima daripada enam acara kriterium anjuran JCM iaitu JCM Serdang, JCM Ipoh, JCM Johor, JCM Kedah dan JCM Putrajaya. Azzua berjaya menduduki tempat pertama bagi edisi di Ipoh dan tempat kedua bagi baki acara kriterium yang disertainya.

“Mungkin strategi dan taktik saya tidak menjadi dan saya terlalu menekan sehingga tiada tenaga untuk memecut menjadi faktor tidak dapat tempat pertama. Namun, saya tekad untuk dapatkan semula jersi kuning di JCM Terengganu”, jelas beliau ketika mengulas mengenai percubaan meraih gelaran juara bagi empat edisi acara kriterium.

Berasal dari Kuching, Sarawak, Azzua mula menunjukkan minat berbasikal sejak dari umur 9 tahun. Segalanya bermula apabila beliau terpilih menyertai kem uji bakat skuad berbasikal negeri Sarawak pada dua tahun lepas dan selepas mewakili Bumi Kenyalang, kini menabur bakti bersama pasukan Pelapis Serantau Majlis Sukan Negara (MSN).

Ditempatkan di Pulau Pinang, pelumba berketinggian 152cm itu kini di bawah jagaan dua orang jurualatih, Hattar Abdullah dan Zamani Mustaruddin.

Ketika perlumbaan lebuhraya di JCM Johor yang berlangsung pada Ogos lepas, Azzua telah terlibat di dalam yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan di bahu, pinggang dan lutut. Sejurus menerima rawatan, doktor menyarankannya supaya memakai “neck brace” bagi mengelak kecederaan yang lebih serius.

“Saya amat kecewa kerana ketika itu kerana saya sedang mendahului pelumba lain dalam acara lumba lebuhraya kategori Remaja Bawah 17 Tahun. Saya yakin mampu dapatkan tempat pertama ketika itu namun takdir Tuhan menetapkan sebaliknya. Saya redha dan positif untuk acara lebuhraya JCM Terengganu,” ujarnya.

jcm-naziatul-rider-01

No Replies to "Naziatul Azzua idam dua jersi kuning di JCM Terengganu"

    Got something to say?

    Some html is OK